Tuesday, 27 December 2011

MOTO,ETIKA DAN BUDAYA KERJA KKM

assalamualaikum..
Moto
Kami Sedia Membantu
Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai    satu           pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan    secara profesional.
Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

Kementerian Kesihatan pada hari ini melaksanakan kempen penerapan Budaya   Korporat. Budaya Korporat bermaksud suatu pembentukan amalan dan perlakuan yang berasaskan kepada nilai-nilai bermakna dan komited terhadap objektif organisasi. Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan melalui Budaya Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenal pasti 3 nilai yang terpenting iaitu perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan, dan profesionalisme. Kempen pada kali ini bertujuan memberi suntikan baru dan memantapkan lagi pengamalan budaya korporat di kalangan warga KKM yang lama dan baru.

 NILAI-NILAI TERAS

Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

SS~kementerian kesihatan malaysia (KKM)
okbai~

No comments:

Post a Comment

who cares???